Wednesday, June 10, 2009

-> FIT-kah anda

Bagi seseorang atlet dalam sesuatu sukan yang spesifik, banyak elemen-elemen fitness yang diambil kira. Tetapi saya akan terangkan 4 elemen utama iaitu ‘Kardiovaskular’, ‘Kekuatan otot’, ‘Daya tahan otot’ dan ‘Fleksibiiti’. Saya akan menjadikan seorang pendaki sebagai subjek ukuran setiap elemen.


[ Kardiovaskular
]

Apa
• masalahnya apabila.. anda mengangkat backpack dan mendaki dalam jarak 100m dan tercungap-cungap macam lari 100m olimpik.

Kenapa
• jantung anda tak cukup kuat untuk menge-pam darah ke seluruh badan terutama pada otot-otot yang digunakan seperti kaki. So jantung terpaksa kembang dan kucup dengan kadar yg lebih kerap.

Macammana
• kuatkan jantung supaya jantung dapat menyalurkan darah keseluruh badan dengan kadar pengucupan yg kurang.

So..
• senaman kardio seperti berlari (berlari dan berjoging adalah berbeza), berenang, skipping, martial art dan latihan bebanan yang spesifik. Tetapkan masa dan intensity untuk menguji tahap anda.



[ Fleksibiiti ]

Apa
• .. keupayaan otot untuk diregang dan bergerak lancar pada tahap maksimum dari setiap sudut keupayaan sendi. Senang cerite, fleksible.

Kenapa
• Keadaan hutan gunung-ganang mempunyai kadar permukaan yang berbagai, kejap naik kejap turun, kejap kangkang kejap terkedek-kedek, kejap berjalan itik kejap lompat kijang. So otot kite kene la bersedia bergerak dalam jangkauan keadaan yang berbagai dengan baik dan lancar bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Contohnya sesetengah keadaan otot yang tiada fleksibiliti ianya keras/ketat dan mudah terkoyak.

Macammana
• mempersediakan otot untuk diregang pada tahap maksimum dalam sebarang aktiviti supaya tidak tercedera, is juga salah satu daripada cara bagi mempercepatkan proses pemulihan otot-otot selepas menjalankan aktiviti yang lasak.

So..
• amalkan regangan sebelum dan selepas sebarang aktiviti juga sebelum dan selepas ‘warm-up’ dan warm-down’.



[ Kekuatan Otot ]

Apa
• masalahnya apabila.. anda ingin memulakan perjalanan anda tidak larat mengangkat bagpack anda yang besar bergabak macam tayar treler walhal anda baru minum redbull 5 tin (maksud saya, bertenaga lagi)

Kenapa
• anda mempunyai tenaga untuk disalurkan kepada otot yang berkerja tapi otot itu tiada kekuatan aka mampu untuk mengangkat bebanan bag anda.
Senang cerite otot anda tak kuat.

Macammana
• Latih dan biasakan otot supaya mampu mengangkat bebanan yg paling berat (seperti superman). Lagi berat lagi bagus.

So..
• Latihan bebanan dalam bentuk repetition yang kurang dengan bebanan yang berat.



[ Daya Tahan Otot ]

Apa
• masalahnya apabila.. anda kuat dan bertenaga tapi setelah mendaki selama 30 minit kaki anda tak larat lagi untuk teruskan walaupon nafas anda masih teratur.

Kenapa • Secara saintifik tenaga tak dapat dihasilkan secara konsisten untuk digunakan otot yang bekerja dalam jangka masa yang panjang.
Senang cerite otot takde endurance.

Macammana
• Latih dan biasakan otot supaya mampu bekerja dalam jangka masa panjang dan kawalan pernafasan adelah penting kerana penghasilan tenaga dalam fasa ini memerlukan oksigen yang lebih.

So..
• Latihan adalah lebih kurang sama seperti latihan untuk muscle strength tetapi bebanan dikurangkan dan bilangan ulangan/repetition dan juga set di tambah.




*info yang terpapar adalah asas dan berdasarkan tahap intelektual penulis. Sila rujuk kepada pakar untuk maklumat lanjut.

0 comments: